Saidina Bilal R.A.
Ketika wafatnya Rasulullah s.a.w Saidina Bilal r.a berasa sangat sedih.
Kerana kesedihannya itu dia berhenti daripada melaungkan azan, meninggalkan Madinah dan pergi ke Syam.
Setelah berlalunya beberapa tahun daripada kewafatan Rasulullah, Saidina Bilal melihat Rasulullah di dalam mimpi.
Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal, "Mengapakah bersikap keras sebgini Ya Bilal, tidakkah kamu ingin menziarahiku?"
Maka Bilal terus bangkit dari tidur dan merancang untuk kembali ke Madinah, setelah beliau kembali ke Madinah, beliau terus menuju ke makam Rasulullah.
Bilal kemudian duduk bersebelahan dengan makam Rasulullah sambil menangis, menangis & menangis, mengingati hari2 indah beliau bersama Rasulullah s.a.w.
Hubungan yang lebih dari sekadar hubungan pengikut seorang ketua, tetapi hubungan Bilal dengan Rasulullah ialah hubungan seorang sahabat, seorang saudara,
seorang yg melepaskan beliau dari perhambaan dan memuliakan beliau, mengangkat beliau menjadi seorang muazzin, hubungan yg sangat rapat.
Beliau duduk sambil menangis & terus menangis pada kubur baginda s.a.w kemudian beliau melihat Saidina Hasan dan Saidina Hussein, maka Bilal pun memeluk & mencium mereka.
Saidina Hassan dan Hussein meminta Bilal agar melaungkan azan, maka Bilal bersetuju.
Maka ketika tiba waktu solat Bilal mengumandangkan seruan azan. Azannya ini adalah yg pertama kali selepas kewafatan Rasulullah.
Apabila penduduk Madinah mendengar azan, mereka terkejut, perasaan mereka kembali mengenangkan hari-hari bersama Rasulullah.
Maka menangislah org ramai, & menangislah perempuan2.
Maka hari itu adalah hari yg paling ramai org menangis di Madinah.
Di sana ada perasaan yg pernah wujud di kalangan para sahabat kepada baginda Rasulullah s.a.w
#Tengoklah betapa sayangnya Bilal Bin Rabah terhadap Rasulullah.. Check diri kita pulak macam mana.. Dalam sehari berapa banyak kita berselawat kepada Rasulullah? MUHASABAH DIRI
sentap seketika. masih bnyk yg perlu dipelajari. btw, thanks for this story :)
ReplyDeleteNice sharing :) Terasa kerdil... Selalu alpa dengan duniawi jee :(
ReplyDelete