Assalamualaikum
Alhamdulillah sangat-sangat. Syukur kepada Allah yang kurniakan rezeki itu.
Rasa macam tak sangka pulakkan?
"Kenapa Incik B?"
"Tak adalah. Incik B rasa macam tak sangka pulak dah hampir sebulan berblogging, join macam-macam segmen, giveaway, rupa-rupanya Allah banyak aturkan rezeki kepada Incik B."
Yer la. Orang Islamkan berpegang pada doa. Kita lepas solat doa, sebelum belajar doa, lepas belajar doa lagi dan dalam keadaan sedih, susah kita doa lagi kan?
Tapi, mesti ada juga dalam lubuk perasaan kita yang paling dalam ni tertanya-tanya, kenapa Allah masih tak makbulkan doa aku? Kenapa Allah susah sangat nak makbulkan doa aku?
Sayang-sayang Incik B sekalian, tak semestinya kita doa tu Allah makbulkan masa tu jugak. Banyak lagi cara Allah beri apa yang kita mintak tu. Mungkin melalui sesuatu yang kita tak pernah jangka. Salah satu caranya melalui giveaway dan segmen yang korang sertai. Ada jer blogger-blogger yang tak pernah terfikir pon boleh menang mana-mana giveaway dan segmen yang mereka sertai. Itu salah satu cara Allah bagi rezeki naa.. Jangan mengeluh kalu apa yang kita hajat tak dapat, mungkin Allah tak bagi sebab kalu kita dapat, kita mungkin lagi jauh dari Allah. Dan korang kene ingat, kalau nak doa dimakbulkan, jangan bersangak buruk dengan Allah. Korang kene bersangka baik dengan Allah, yakin dengan doa tu, usaha berterusan dan barulah bertawakal kepada Allah.
Ingatlah bahawa Solat itu merupakan tanda anda berterima kasih kepada Allah. Berterima kasih bukan terhadap manusia aja yer!! :D
-Rezeki sepanjang 1 bulan berblog-
**Menang segmen daripada entri mama** |
Ada lagi. Next entri upload lagi naa.
No comments:
Post a Comment