LEMAH



Aku, rasanya sahabat lemah. 
Berkawan rapat sedari dulu.
Minda, fizikal, mereka juga rapat dengan lemah. Punya aku.

Rasa ditindas, tapi boleh kawal.
Rasa diguna, tapi boleh faham.
Rasa dipulau, tapi boleh tenang.

Entah.
Kadang-kadang senang dengan rasa itu.
Kadang-kadang benci.
Tak ingin, tapi mahu.

Kuat. Dia hadir bagai bermusim.
Bila dicari hilang, sepi.

Bila datang, aku tak mau
Dipaksa-paksa terima tanpa perlu.
Bukan aku panggil kau datang!

Tapi, satu simpan aku.
Lemah aku, kerana aku milik pencipta.
Takkan pencipta cipta aku lebih dari DIA.

Aku, punya tugas.

Lawan lemah. Kawal kuat.
Guna berpada.


1 comment:

  1. blogwalking here ^^

    jemput join http://sayasyiera.blogspot.com/2014/04/syiera-firdauss-april-giveaway.html

    ReplyDelete