CABARAN BLOGGING [8]: KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum


Kalau nak ceritakan soal zaman kanak-kanak Cik B, rasanya tak semua kenangan zaman itu Cik B dapat ingat. Bila berbicara soal ini, buat Cik B berfikir, ingat balik semua kenangan zaman dulu.

Oklah, sebelum mula pasal tajuk kita, Cik B nak cerita sikit pasal hidup Cik B dulu-dulu.
Cik B merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu. Dibesarkan di kampung Raja, Besut (Selepas lahir hingga 5 Tahun). Kemudian terus menetap di Kuala Terengganu sampai sekarang.
**serba ringkas sahaja ye. tak boleh cerita banyak-banyak. ramai stalker. :p**

KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK CIK B

Kenangan pertama yang Cik B ingat, (ini berlaku masa umur berapa tahun tak ingat. yang pasti kurang dari 8 tahun) masa tu cuti sekolah hujung tahun kot, Cik B balik kampung di Tepoh, Kuala Terengganu. Masa tu, Cik B tak ada sepupu keluaraga belah Ummi (sekarang pun tak ada, belum rezeki). Jadi Cik B main dengan sepupu-sepupu Ummi, dorang semua kecik-kecik lagi (4 tahun-13 tahun kot). Kita orang main masak-masak guna tempurung, pasir dan macam-macam lagi lah. Kita orang masak betul tau, guna bara tempat orang bakar sampah tu. Tahu kami masak apa? Kihkihkihh...

**kalau diingat balik, yukssss.. geli laaa**
Ambik kau, Cik B and the geng masak berudu. Kami rebus berudu tu. Tapi tak makan lah. Giler amat kalau makan. Hahahaha... Feeling-feeling rebus ikan lah ni. Kihkihkih..

Lauk sayur pulak, 


Batang daun keladi yang tumbuh dekat kawasan tali air, tempat orang tanam padi. Kami tangkap berudu pun dekat sanalah. Dulu-dulu air jernih sangat. Sekarang, erm jangan haraplah. Satu lagi, kami bakar ubi kayu. Makan panas-panas. Nyum-nyum. ^_____^

Kenangan ni bagi Cik B, luculah. Mana ada orang sekarang rela tangkap berudu. Budak-budak zaman sekarang entah kenal ke tidak berudu tu apa. Tapi sekarangkan, Cik B rasa agak susah lah nak jumpa berudu ni, katak pun macam jarang dah jumpa. Kalau dulu, Cik B ingat lagi, kalau time musim hujan, Allah, bukan main katak duk berpesta. Sekarang dah takdak semua tu. 

Itulah kenangan, hargailah dia. Dia takkan datang dua kali.

Adiouss

QUOTE OF THE DAY [1]

Assalamualaikum


Just be yourself!! Keep smile. 

CABARAN BLOGGING [7]: APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA

Assalamualaikum


Cabaran Blogging kali ini, 'APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA?'
Amboi soalan, semua nak tahu kan? Kalau ada benda bukan-bukan dalam handbag Cik B macam mana? *oppssss* Hahahaha..
Jangan risau, Cik B ni typical rakyat Malaysia je. Takkan ada benda yang mengarutlah. Gerenti. Tapi, anda-anda semua jangan nak hairanlah kalau Cik B ni bukan 'typical woman' sangat. Malas ler eden nak angkut semua benda. Yang asas sudah lah kan?

Sebenarnya, Cik B kurang gemar nak berhandbag ni. Rimas sikit. Nak kena ada sifat berjaga-jaga tu lebih sikit. Ye lah, kita duk bawak handbag ni, cepat jadi sasaran, biar lah dalam purse tu ade 20, 10 hengget je. Peragut ni mana tahu apa ada dalam tu kan? Kalau dah jadi target tu, nasib badan ler. *Moga Allah jauhkan semua perkara buruk. AMIN*

APA ADA DALAM HANDBAG CIK B
Tapi, Cik B hanya ada satu handbag ni saja ye. Iollss tak minat sangat. Ni pun gigih cari yang bertali panjang.

**merah buat abang marah tak?? auummm.. :p**


Jadi, itu lah barang-barangnya.
**Cik B list kan barang yang akan ada bila Cik B guna handbag tu**

  1. Purse (semestinyalah)
  2. Segala mak nenek kunci (kereta, rumah, bilik)
  3. Handphone (pinjam- Handphone Cik B jahanam baru ni, pinjam 'arasmate' punya)
  4. Perfume (biasa pakai Nutrimetics/Cosway punya)
  5. Powerbank and the geng (wayar dia semua lah)
  6. Tisu (kadang takde pon, kali takde stok pula. :p)
  7. Buku yang tengah Cik B baca (dalam proses menghabiskan Monarki)
Jadi, hanya inilah barang yang selalu ada bila Cik B guna handbag, sebab Cik B bukan 100% penggemar handbang. 

Adiouss

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum

**klik banner untuk join**

Ok, secara ringkas, jom lah join Segmen Blogwalking kali ini. Alang-alang tengah online, boleh blogwalking sekalikan? Bukan tiap hari buat aktiviti macam ni.

Cik B followers Cik Nisa yang ke 91.
Bertuah ke idakk dapat hadiah tu. 
Apa? Nak tahu hadiah?

INSTANT SHAWL MAGIC HANYA UNTUK 5 ORANG YANG BERTUAH.
TAMAT: 15 MEI 2015

Adiouss



Kuala Terengganu Hujan : [DOA KETIKA HUJAN]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni bumi Kuala Terenganu dibasahi hujan. Syukur Ya Allah, lama sangat dah tak hujan kat sini. Moga hujan yang turun itu memberi manfaat kepada semua. Jangan mengeluh tau, hujan itu rahmat, panas itu juga rahmat. Tak ada hujan, bumi kekeringan, hidupan kehausan. Tiada panas matahari, tanaman-tanaman tak dapat hidup, jemuran kita tak kering. Kedua-duanya pentingkan?

HARGAILAH HUJAN & PANAS | BELAJAR BERSYUKUR

**BERDOALAH KETIKA HUJAN | MOGA ALLAH MAKBULKAN**


[RUMAH ORANG-ORANG TUA]: RUMAH KEBAJIKAN SERI PERMAI, PAHANG

Assalamualaikum

17 April 2015, Cik B dan classmate ada buat satu lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua | Rumah Kebajikan Seri Permai. Yang pergi semuanya 33 orang classmate Cik B + 5 orang junior, pegawai pengirim tak dak, sebab last minute kami terpaksa cari bas luar, sebab bas universiti tak dapat diluluskan. Bayangkanlah, 3 hari lagi nak pergi, tiba-tiba bas tak ada. Mula-mula kami ingat nak postpone ke tarikh baru, tapi sebab semua dah tak sabar, pergi dengan bas luar pon beres saja.

Memandangkan cuma 38 orang saja yang pergi, Cik B dapat dua seat. Muehehehehe...
*jenis yang nak duk sensorang cenggini ler* 

Bertolak pukul 7 pagi (Jumaat), sampai dekat sana lebih kurang pukul 11 pagi macam tu lah. Turun je dari bas, tiba-tiba feeling-feeling retis pulak. XD
Aki ambil gambar kami turun dari bas. Hihihi..

**Mana jejaka idaman malaya?**
Lepas sampai tu, semua bersedia untuk satu majlis bersama pegawai yang mengurus Rumah Kebajikan Seri Permai ni. Dengar cerita, luahan dari mereka. Yang menguruskan rumah ini ialah Tuan Haji Zahari dan anaknya Encik Fauzi. Mereka wujudkan rumah ini dengan usaha sendiri. Berbekalkan modal sendiri, Allah, besar sungguh pengorbanan mereka berdua ini.

**Tuan Haji Zahari**

**Disini jejaka idaman malaya, mereka belum pupus ya. Cuma hampir pupus**
Lepas dah dengar penerangan semua, Tuan Haji Zahari request untuk kami nyanyikan lagu buat penghuni rumah kebajikan ini. Lepas itu, sesi mendengar cerita daripada semua penghuni. Ya Allah, masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan kami semua. Sedih sangat, Cik B teringat atuk. Masa atuk Cik B sakit, alhamdulillah Cik B dapat berbakti kepada beliau. Moga Allah ampuni kesemua dosa atuk Cik B, AMIN.

**sesi menyanyi**

**sesi menyanyi**

**bergambar bersama Pok Loh & Pok Din**

**bersama Pok Man**

**semua penghuni disini lelaki ya**

**bersama Pok Loh**

**Pak Din**
Lebih kurang jam 12.30/ 1 ptg kami berangkat pulang untuk ke destinasi seterusnya.

**gambar terakhir bersama mereka**



Nanti kami datang lagi ye. Kami rindu semua. Pok Din dengan Pok Loh kene cepat sihat kalau nak datang jumpa kami semua di Terengganu ye. :*

Untuk menyalurkan sumbangan atau pergi melawat:


Warga Kuantan, jom sumbang sedikit masa anda untuk kesana. Kadang-kala, mereka bukan nak duit kita sangat pun, mereka cuma mahu teman untuk diajak berbual.

SELAMAT JALAN | MOGA JODOH KITA MASIH PANJANG | PAK CIK SEMUA TUNGGU CIK B DAN KAWAN-KAWAN DATANG LAGI YE

Selepas habis ziarah di sini, kami meneruskan perjalanan ke..........









Adiouss

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


CABARAN BLOGGING [6] : 5 LAGU KEGEMARAN

Assalamualaikum


Mesti ada yang hairankan? Mana CABARAN BLOGGING [5] ? Hahaha.. Actually, Cik B tak sempat nak buat entri tu. Minggu lepas memang sangat-sangat sibuk. Langsung tak sempat nak jenguk blog ni. Erm, tak apa lah kan? Kita teruskan dengan cabaran yang ke-6.

"Ececeh, cakap je lah Cik B malas nak fikir untuk entri Cabaran Blogging 5 tu kan?"
"Bolehlah sikit. :p Tapi, memang betul ok, Cik B sibuk minggu lepas."

Ok, terus ke tajuk kita.
5 LAGU KEGEMARAN CIK B

Cik B ni jenis layan semua lagu. Tak kisah bahasa atau genral apa. Kira telinga ni boleh terima apa-apa sahaja. Cik B ni jenis yang cepat berubah juga. Macam minggu ni, Cik B layan lagu rock 80-90'an. Saja-saja nak dengar. Lagu English dah bosan lah kut, sampai Cik B layan lagu rock-jiwang ni. Hiiihihi..

Ini antara lagu kegemaran Cik B. ANTARA ok, sebab kalau dalam list kegemaran tu, banyak sangat.

  1. See You Again // Wiz Khalifa ft. Charlie Puth
  2. Ku Dihalaman Rindu // Lefthanded
  3. Let Her Go // Passenger
  4. Pasti Sempurna // Kristal ft. Ronnie Hyper Act
  5. Don't // Ed Sheeran
Adiouss

p/s: nanti cik b update cerita pasal lawatan baru-baru ini ok.

CABARAN BLOGGING [4] : APA YANG ANDA MAKAN HARI INI

Assalamualaikum


Straight to the point, cabaran hari ini:

APA YANG CIK B MAKAN HARI INI

Memandangkan Khamis hingga Jumaat (16/4-17/4) Cik B ada Family Day dengan rakan sekelas di Gambang, jadi entri hari ni Cik B show off gambar makanan je lah, boleh? Tak sempat nak karang panjang sikit, Nanti ada masa, Cik B story sikit pasal aktiviti Family Day kami ni. Ok? 

Jadinya, hari ni Cik B makan:

Breakfast :
Cik B makan 2 ketul roti gardenia

Lunch :
Nampak sedap kan? Hehe

Dinner :
Cik B beli subway lepas habis program tadi. 


Adiouss






CABARAN BLOGGING [3] : BUKU KEGEMARAN SAYA

Assalamualaikum


Pertama sekali Cik B mohon maaf sebab lambat post entri kali ni. Sepatutnya semalam, tapi line internet dekat Uni Cik B ni langsung tak dapat coverage. Memang rasa macam nak hempuk jugaklah, tapi siapalah kita kan? 

Kita terus ke agenda utama kita, cabaran kali ini ialah: 
BUKU KEGEMARAN CIK B

Memandangkan Cik B ni tak layan novel typical MELAYU sekarang, soal cintan-cintun, kawin paksa bagai ni, buku terbitan Alaf, Karya Seni dan seumpanya memang bukan pilihan Cik B.

Sekarang Cik B suka baca bahan bacaan dari Buku Fixi dan Lejen Press. Yes, maybe ada yang cakap, "Alah, bajet hipster lah tu baca buku macam tu."
Tak, Cik B bajet hipster? Memang tak lah kan. Bagi Cik B, kalau korang nak cari bahan bacaan yang bersifat 'urban dan masakini', boleh lah try buku dari Fixi, Lejen Press, Dubook, Terfaktab dll.

Buku cadangan Cik B keluaran Buku Fixi untuk korang yang baru nak berjinak:
1. KELABU 
2. ASRAMA
3.GANTUNG

Buku cadangan Cik B keluaran Lejen Press untuk korang yang baru nak berjinak:
1. BABI
2. SAKA
3. AWEK CHUCK TAYLOR
4. Semua buku dari NAMI COB

Dan, jangan lupa buku keluaran ISMI FA ISMAIL:
1. JANGAN BACA NOVEL NI
2. TANPA TAJUK
3. AKHIR

**Gambar ihsan, Cik B tak sempat nak tangkap gambar, buku semua kat rumah**

**Terbitan ISMI FA ISMAIL. Tak rugi langsung baca buku ni. Ini sekuel tau**

Nanti Cik B update lagi gambar ok, sekarang pun tengah duk baca PATUNG (MUHAMMAD FATRIM) -BUKU FIXI. Hasil dari BB1M. Lepas ini, MONARKI menyusul.

Adious.

CABARAN BLOGGING [2] : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA

Assalamualaikum.


Ok, cabaran untuk hari ini, adalah 
SESUATU YANG MENGUATKAN CIK B.

Bila bercakap soal sesuatu yang menguatkan Cik B, banyak sebenarnya. Ye lah, kita as hamba Allah, as manusia takkan pernah lari dari masalah. TAKKAN PERNAH LARI. Tapi, takkan kita nak give up macam tu aje kan? Mesti ada sesuatu yang buat kita untuk terus kuat. Untuk terus bertahan dengan semuanya.

Bagi Cik B, keluarga yang paling utama. Tanpa mereka, siapa kita? Kalau ada masalah, renung balik dalam diri, kita hidup ni untuk apa? Apa yang kita nak capai? Bukankah setiap anak nak banggakan ibu bapa mereka? Begitu juga Cik B. Korang mesti jugak kan? Mak ayah kita, sejahat mana pun, sebenci mana pun kita, mereka yang menyebabkan kita dapat rasa semua nikmat yang ada sekarang ni. Hargai mereka selagi mereka masih ada.

Seterusnya, sahabat dan rakan-rakan. Mereka penguat, mereka penyeri, mereka yang mencorakkan kehidupan kita. Tanpa mereka, kita kosong. Sahabat lagilah terpenting. Dia selalu ada masa untuk Cik B, even dia ada test untuk esok, still nak dengar bebelan Cik B. :D

Satu perkara yang Cik B selalu buat bila rasa sangat 'down', Cik B akan bercakap dengan diri sendiri. Bagitahu diri sendiri yang kau sebenarnya orang yang TERISTIMEWA dimata Allah. Sebab hanya engkau Allah uji sebegini. Itu bukan dipanggil istimewa? Ingatkan diri sendiri untuk kuat, sebab Allah takkan datangkan ujian jika hambanya lemah. DIA takkan uji kita suka-suka, pasti ada sebabnya, jadi senyum, dan hadapi ujian tu. Tak perlu takut, kerana hanya orang yang mampu atasi ujian itu diuji Allah. Senyum ok? 

Rasanya itu sahaja. Next week, Cik B update lagi. Cabaran diteruskan. Untuk capai kepuasan. Asah bakat diri sendiri. *senyum*

Adious. 

CABARAN BLOGGING [1] : 5 fakta tentang diri anda

ASSALAMUALAIKUM




Untuk cabaran pertama, topik yang dipilih ialah:



5 fakta tentang diri CIK B:

  1. Cik B ni adalah seorang perempuan. **Tolong, jangan konfius lagi tentang status jantina diriku**
  2. Cik B stand for Cik Bil/Cik Bella. **Alah, korang mesti boleh agak punya nama Cik B kan?**
  3. Cik B ni seorang pelajar Diploma sepenuh masa. Jadi, maaf atas pengabaian blog ini. Bukan sengaja, tapi tiada masa. **Yeayhh, tak payah sepenuh masa sangatlah, bulan 6 ni dah habis diploma pun. Nanti jadi pelajar degree sepenuh masa pula**
  4. Cik B suka warna biru dan Cik B buka 100% feminin. **So, korang tak payah bajet Cik B ni ayu lah yer. Langsung tidak feminin. Alah, bukan tak nak feminin, rock style itu stylo kan?**
  5. Cik B ade seorang kawan baik yang entah macam mana boleh jadi baik sangat-sangat dengan dia.**Serious talk, Cik B tak pernah rapat sebegini dengan orang. Dengan dia, Cik B suka jadi murai 24/7, suka jadi pendengar setia. Awak, walau dimana awak berada, sila tahu yang saya sayangkan awak. Please, don't grow so fast.**

Itu sahaja setakat ini, Adious.

Cabar diri sendiri

Assalamualaikum

Semalam, ada orang call. Cik B cakap, Cik B rindu nak berblogging. Jadinya, kami cabar diri sendiri untuk update blog. Tak apalah kalau tak ada orang nak baca pun, sekurang-kurangya Cik B puas.


PUAS HATI DENGAN DIRI SENDIRI.

So, kami decided nak update sekurang-kurangnya 2 kali seminggu (min: selasa & jumaat), yer lah kat bilik Cik B ni manalah nak dapat line internet. Memang takkan dapat punya, Cik B pun bukan kaki library. *oppss*

Jadi, kejap lagi Cik B update pasal cabaran tu.