Assalamualaikum
"IMAN itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan kalimah
LAA ILAA ILLALLAH" (HR. IBNU ISLAM)
MENGAPA IMAN BERTAMBAH & BERKURANG?
KONKLUSI MENANGANI IBADAH TIDAK BERKUALITI:
HATI YANG TIDAK KHUSYUK
Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan kekhusyukkan. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.
Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.
Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.
KONKLUSI MENANGANI HATI YANG TIDAK KHUSYUK:
TIDAK MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, Tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?
Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.
KONKLUSI MENANGANI TIDAK MENGHADIRI MAJLIS ILMU:
IBADAT TIDAK BERKUALITI
Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Allah, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.
Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat WAJIB dan SUNNAH. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud:
“Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.
KONKLUSI MENANGANI IBADAH TIDAK BERKUALITI:
- Bermula secara perlahan-lahan atau bertatih, sebab biar lambat asal kita boleh wujudkan ibadah yang berkualiti.
- Niat hanya kerana Allah. Pedulikan orang nak kata kita ni rajin solat, nak bodek, nak tunjuk alim. Pedulikan semua itu, kerana jalan hijrah ini memang banyak tentangan.
- Istiqamah dalam melakukan ibadah. Contohnya, boleh mulakan solat sunat sebelum & selepas solat fardhu. Tetapi ingat!! ISTIQAMAH!!
carta solat sunat QABLIAH & BA'DIAH |
HATI YANG TIDAK KHUSYUK
Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan kekhusyukkan. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.
Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.
Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.
KONKLUSI MENANGANI HATI YANG TIDAK KHUSYUK:
- Niat hanya kepada ALLAH.
- Faham makna doa dan ayat yang sering dibaca.
- Kosongkan fikirang sebelum solat, tetapi ingat bahawa kita akan menghadap pencipta kita!
Fahami ini |
TIDAK MENGHADIRI MAJLIS ILMU
Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, Tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?
Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.
KONKLUSI MENANGANI TIDAK MENGHADIRI MAJLIS ILMU:
- Cara yang paling senang, dengarlah ceramah-ceramah agama di YouTube!!
Ikhlas:
CIK B
|
post membina ! teruskan bertinta,
ReplyDeletemoga post ini membantu insan yang lemah iman :)
allah yubarik !
Terima kasih uMair.
DeleteSedang mencari ruang dan peluang untuk berkongsi ilmum :))
minta izin copy post ni boleh?
ReplyDeleteSilakan Husna.. Ilmu ini, silakan diterbangkan yer. :))
Deletesalam...
ReplyDeletealhamdulillah...entri kali ni mmg terbaik dan menarik utk di baca dan di kongsikan pada smua umat Islam...
perkongsian ilmu yg sangat2 berguna dan terima kasih atas perkongsian ini...entri ini telah membantu saya dalam lebih kusyuk dalam menunaikan ibadat kepada Nya...subhannallah...terima kasih...
Insya Allah semoga kita semua berada dalam rahmat dan hidayah Allah
DeleteNICE SHARING..SEMOGA SAMA2 KITA DPT ILMU DRNYA :)
ReplyDeletetq.. Terbangkan ilmu ini yer!! Semoga semua dapat manfaatnya.. :))
Deletethanks for the info ez.. ez da bt entry tak nak join GA akak tu..:)
ReplyDeletehihihi.. siap menjalankan tugas akak!! Baru je buat entri tu.. tadi syok2 marathon kat blog akak sampai hanyut dah.. nak sambung lagi ni.. hihihi..
DeleteTQ! For the entry...nice info teruskan aik :)
ReplyDeletethnaks for the ilmu pren......
ReplyDeletenice sangat.... kita tingkatkan ibadah kita...jaga keimanan kita ..insyaAllah
nice..thanks sebab sharing mende yang baik ni..
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletemoga jadi peringatan buat diri yumida