PRU-13:Harapan AKU sebagai RAKYAT!!!!



Mencelah sekejap nak meng'Update' entri. Dengan uni diumumkan bahawa SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST MEI BERSAMA CIK B telah tamat. Maaf, Cik B tak dapat nak kasi yang join tu Top Up, sebab tak mencapai target penyertaan. Maaf naa..

Hari ini 5/5/2013 | 5 MEI 2013 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1434. Tak lama lagi nak masuk bulan REJAB dah. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk meneruskan hidup ini. (^^,)

5 MEI 2013 | HARI PILIHAN RAYA KE-13 | PRU-13

Cik B harap, pilihan raya tahun ini lebih telus dari tahun yang sebelum-sebelum ini. Mohon pihak SPR tidak menipu kami, sang rakyat ini. Mohon, mana-mana parti politik tidak menyeleweng dalam meraih undi. Jika anda menyeleweng, ia bererti sama dengan anda membeli diri anda sendiri. Semua ditentukan olwh Allah, tetapi, rakyat yang membuat pilihan.




Mohon pihak SPR dapat mengira kertas undi dengan ADIL & SAKSAMA, & mohon juga untuk menerangakan tentang status DAKWAT KEKAL itu, kerana banyak bukti yang menunjukkan ianya tanggal.
p/s kami tidak mahu dengar ALASAN YANG SAMA!

Mohon pihak PDRM & yang terlibat untuk menyiasat kenapa warga asing tanpa izin (PATI) memiliki I/C, sedangkan Aaron Aziz susah nak dapat kerakyataan di Malaysia. PATI senang-senang je dapat diiktiraf dengan I/C.

Mohon penyokong-penyokong mana-mana parti hormat antara satu sama lain. Jangan cetuskan pergaduhan & perbalahan. Kita duduk dalam satu negara yang DEMOKRASI, yang masih memberi kebebasan untuk bersuara. Jangan sampai kami rakyat membenci PERANGAI KAMU dengan tidak mengundi parti kamu.
Kami RAKYAT masih HORMAT kepada manusia yang HORMAT kami.




HARAPAN KAMI KEPADA PARTI POLITIK YANG MENANG DALAM PERTANDINGAN INI:
Laksanakan APA YANG TELAH ANDA JANJIKAN. Jangan sampai kami tumbangkan anda pada PRU-14 jika anda 'CAPATIKAN' janji anda.




posted from Bloggeroid

1 comment: