GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

CABARAN BLOGGING [9]: 5 WISHLIST ANDA

Assalamualaikum


Entri kali ni, Cik B straight to the point saja lah ye. Minggu ni sibuk sangat dengan presentation,  submitting assignment, kelas ganti. Allah, boleh pengsan macam ni kalau tiap akhir sem macam ni. Lagi 2 minggu untuk berjumpa dengan FINAL EXAM. Allahu, bersediakah Cik B? 

FINAL YEAR EXAM | FINAL SEMESTER EXAM 
DOAKAN CIK B YE

5 WISHLIST CIK B

  1. Moga Cik B dapat bawak diri sendiri, Ummi dan Abah jejak kaki ke Tanah Suci guna duit hasil titik peluh Cik B sendiri. Allah, moga kau beri kesempatan ini.
  2. Cik B berharap punya sebuah syarikat sendiri. Suatu hari nanti, pasti bisa.
  3. Cik B berharap dapat jejakkan kaki ke semua tempat didunia ni. Tak kiralah dengan siapa. Moga kenangan indah dapat dilakar. :D
  4. Seterusnya, Cik B berharap agar punya banyak masa lapang untuk keluarga dan diri sendiri.
  5. Akhir sekali, Cik B berharap kesemua wishlist dan wishlist yang akan datang ini menjadi realiti.
MAAF SEBAB UPDATE LEWAT | PRESENTATION MENANTI | TEST ONLINE MENANTI


Adiouusss..

May Is Lupus Awareness Month

Assalamualaikum





Cik B rasa ramai yang belum maklum mengenai LUPUS ni. LUPUS bukan sejenis program kitar semua ye. LUPUS ni merupakan satu penyakit.


APAKAH LUPUS?

Lupus ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Antibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.

Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi  tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit  seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu  badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.

Help us spread the word and support Lupus awareness

Untuk maklumat lebih lanjut boleh klik [SINI]

Buku Fixi Giveaway by Yaya

Assalamualaikum


Ok, memandangkan Cik B ni salah seorang peminat FIXI yang tegar, Cik B mesti join Giveaway sebegini. Sambi-sambil support GA Yaya, peluang untuk menang buku FIXI tu cerah juga.

Kalaulah diberi peluang nak dapat FIXI ni, Cik B nak sangat-sangat buku edisi terhad dan juga edisi yang takkan diulang cetak dengan cover asal. 
Macam 
Kougar + Tabu
Suami + Isteri
dan lain-lain lah. Buku RARE kot. ^________^
Berbesarnya hati Cik B jika Yaya sudi bagi FIXI ni. 

**First time buat entri GA panjang berjela macam ni**

Cik B tag:

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Assalamualaikum


Amboi segmen kau join Cik B, mengalahkan retis kan?
Hahahaha, bukan selalu. Ni ada masa, Cik B join lah mana yang sempat. Nanti kalau korang rasa nak CatWalk dengan iolss & Papaglamz moh ler join segmen ni. Syarat senang sajo. Tutup sebelah mata pun boleh buatlah. ^_______^

NANTI ADA MASA, CIK B BLOGWALKING SEMUA PESERTA.

TARIKH TUTUP: 16 MEI 2015


Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur





{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur

2. Follow blog  : 


3. Like Fanpage :


4. Follow instagram  :
@acik21, @sayidah napisah, @norazilah72



** idea segmen mudah ini dikreditkan pada mialiana.com

CABARAN BLOGGING [8]: KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum


Kalau nak ceritakan soal zaman kanak-kanak Cik B, rasanya tak semua kenangan zaman itu Cik B dapat ingat. Bila berbicara soal ini, buat Cik B berfikir, ingat balik semua kenangan zaman dulu.

Oklah, sebelum mula pasal tajuk kita, Cik B nak cerita sikit pasal hidup Cik B dulu-dulu.
Cik B merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu. Dibesarkan di kampung Raja, Besut (Selepas lahir hingga 5 Tahun). Kemudian terus menetap di Kuala Terengganu sampai sekarang.
**serba ringkas sahaja ye. tak boleh cerita banyak-banyak. ramai stalker. :p**

KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK CIK B

Kenangan pertama yang Cik B ingat, (ini berlaku masa umur berapa tahun tak ingat. yang pasti kurang dari 8 tahun) masa tu cuti sekolah hujung tahun kot, Cik B balik kampung di Tepoh, Kuala Terengganu. Masa tu, Cik B tak ada sepupu keluaraga belah Ummi (sekarang pun tak ada, belum rezeki). Jadi Cik B main dengan sepupu-sepupu Ummi, dorang semua kecik-kecik lagi (4 tahun-13 tahun kot). Kita orang main masak-masak guna tempurung, pasir dan macam-macam lagi lah. Kita orang masak betul tau, guna bara tempat orang bakar sampah tu. Tahu kami masak apa? Kihkihkihh...

**kalau diingat balik, yukssss.. geli laaa**
Ambik kau, Cik B and the geng masak berudu. Kami rebus berudu tu. Tapi tak makan lah. Giler amat kalau makan. Hahahaha... Feeling-feeling rebus ikan lah ni. Kihkihkih..

Lauk sayur pulak, 


Batang daun keladi yang tumbuh dekat kawasan tali air, tempat orang tanam padi. Kami tangkap berudu pun dekat sanalah. Dulu-dulu air jernih sangat. Sekarang, erm jangan haraplah. Satu lagi, kami bakar ubi kayu. Makan panas-panas. Nyum-nyum. ^_____^

Kenangan ni bagi Cik B, luculah. Mana ada orang sekarang rela tangkap berudu. Budak-budak zaman sekarang entah kenal ke tidak berudu tu apa. Tapi sekarangkan, Cik B rasa agak susah lah nak jumpa berudu ni, katak pun macam jarang dah jumpa. Kalau dulu, Cik B ingat lagi, kalau time musim hujan, Allah, bukan main katak duk berpesta. Sekarang dah takdak semua tu. 

Itulah kenangan, hargailah dia. Dia takkan datang dua kali.

Adiouss

QUOTE OF THE DAY [1]

Assalamualaikum


Just be yourself!! Keep smile. 

CABARAN BLOGGING [7]: APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA

Assalamualaikum


Cabaran Blogging kali ini, 'APA YANG ADA DALAM HANDBAG ANDA?'
Amboi soalan, semua nak tahu kan? Kalau ada benda bukan-bukan dalam handbag Cik B macam mana? *oppssss* Hahahaha..
Jangan risau, Cik B ni typical rakyat Malaysia je. Takkan ada benda yang mengarutlah. Gerenti. Tapi, anda-anda semua jangan nak hairanlah kalau Cik B ni bukan 'typical woman' sangat. Malas ler eden nak angkut semua benda. Yang asas sudah lah kan?

Sebenarnya, Cik B kurang gemar nak berhandbag ni. Rimas sikit. Nak kena ada sifat berjaga-jaga tu lebih sikit. Ye lah, kita duk bawak handbag ni, cepat jadi sasaran, biar lah dalam purse tu ade 20, 10 hengget je. Peragut ni mana tahu apa ada dalam tu kan? Kalau dah jadi target tu, nasib badan ler. *Moga Allah jauhkan semua perkara buruk. AMIN*

APA ADA DALAM HANDBAG CIK B
Tapi, Cik B hanya ada satu handbag ni saja ye. Iollss tak minat sangat. Ni pun gigih cari yang bertali panjang.

**merah buat abang marah tak?? auummm.. :p**


Jadi, itu lah barang-barangnya.
**Cik B list kan barang yang akan ada bila Cik B guna handbag tu**

  1. Purse (semestinyalah)
  2. Segala mak nenek kunci (kereta, rumah, bilik)
  3. Handphone (pinjam- Handphone Cik B jahanam baru ni, pinjam 'arasmate' punya)
  4. Perfume (biasa pakai Nutrimetics/Cosway punya)
  5. Powerbank and the geng (wayar dia semua lah)
  6. Tisu (kadang takde pon, kali takde stok pula. :p)
  7. Buku yang tengah Cik B baca (dalam proses menghabiskan Monarki)
Jadi, hanya inilah barang yang selalu ada bila Cik B guna handbag, sebab Cik B bukan 100% penggemar handbang. 

Adiouss

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum

**klik banner untuk join**

Ok, secara ringkas, jom lah join Segmen Blogwalking kali ini. Alang-alang tengah online, boleh blogwalking sekalikan? Bukan tiap hari buat aktiviti macam ni.

Cik B followers Cik Nisa yang ke 91.
Bertuah ke idakk dapat hadiah tu. 
Apa? Nak tahu hadiah?

INSTANT SHAWL MAGIC HANYA UNTUK 5 ORANG YANG BERTUAH.
TAMAT: 15 MEI 2015

Adiouss



Kuala Terengganu Hujan : [DOA KETIKA HUJAN]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ni bumi Kuala Terenganu dibasahi hujan. Syukur Ya Allah, lama sangat dah tak hujan kat sini. Moga hujan yang turun itu memberi manfaat kepada semua. Jangan mengeluh tau, hujan itu rahmat, panas itu juga rahmat. Tak ada hujan, bumi kekeringan, hidupan kehausan. Tiada panas matahari, tanaman-tanaman tak dapat hidup, jemuran kita tak kering. Kedua-duanya pentingkan?

HARGAILAH HUJAN & PANAS | BELAJAR BERSYUKUR

**BERDOALAH KETIKA HUJAN | MOGA ALLAH MAKBULKAN**


[RUMAH ORANG-ORANG TUA]: RUMAH KEBAJIKAN SERI PERMAI, PAHANG

Assalamualaikum

17 April 2015, Cik B dan classmate ada buat satu lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua | Rumah Kebajikan Seri Permai. Yang pergi semuanya 33 orang classmate Cik B + 5 orang junior, pegawai pengirim tak dak, sebab last minute kami terpaksa cari bas luar, sebab bas universiti tak dapat diluluskan. Bayangkanlah, 3 hari lagi nak pergi, tiba-tiba bas tak ada. Mula-mula kami ingat nak postpone ke tarikh baru, tapi sebab semua dah tak sabar, pergi dengan bas luar pon beres saja.

Memandangkan cuma 38 orang saja yang pergi, Cik B dapat dua seat. Muehehehehe...
*jenis yang nak duk sensorang cenggini ler* 

Bertolak pukul 7 pagi (Jumaat), sampai dekat sana lebih kurang pukul 11 pagi macam tu lah. Turun je dari bas, tiba-tiba feeling-feeling retis pulak. XD
Aki ambil gambar kami turun dari bas. Hihihi..

**Mana jejaka idaman malaya?**
Lepas sampai tu, semua bersedia untuk satu majlis bersama pegawai yang mengurus Rumah Kebajikan Seri Permai ni. Dengar cerita, luahan dari mereka. Yang menguruskan rumah ini ialah Tuan Haji Zahari dan anaknya Encik Fauzi. Mereka wujudkan rumah ini dengan usaha sendiri. Berbekalkan modal sendiri, Allah, besar sungguh pengorbanan mereka berdua ini.

**Tuan Haji Zahari**

**Disini jejaka idaman malaya, mereka belum pupus ya. Cuma hampir pupus**
Lepas dah dengar penerangan semua, Tuan Haji Zahari request untuk kami nyanyikan lagu buat penghuni rumah kebajikan ini. Lepas itu, sesi mendengar cerita daripada semua penghuni. Ya Allah, masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan kami semua. Sedih sangat, Cik B teringat atuk. Masa atuk Cik B sakit, alhamdulillah Cik B dapat berbakti kepada beliau. Moga Allah ampuni kesemua dosa atuk Cik B, AMIN.

**sesi menyanyi**

**sesi menyanyi**

**bergambar bersama Pok Loh & Pok Din**

**bersama Pok Man**

**semua penghuni disini lelaki ya**

**bersama Pok Loh**

**Pak Din**
Lebih kurang jam 12.30/ 1 ptg kami berangkat pulang untuk ke destinasi seterusnya.

**gambar terakhir bersama mereka**



Nanti kami datang lagi ye. Kami rindu semua. Pok Din dengan Pok Loh kene cepat sihat kalau nak datang jumpa kami semua di Terengganu ye. :*

Untuk menyalurkan sumbangan atau pergi melawat:


Warga Kuantan, jom sumbang sedikit masa anda untuk kesana. Kadang-kala, mereka bukan nak duit kita sangat pun, mereka cuma mahu teman untuk diajak berbual.

SELAMAT JALAN | MOGA JODOH KITA MASIH PANJANG | PAK CIK SEMUA TUNGGU CIK B DAN KAWAN-KAWAN DATANG LAGI YE

Selepas habis ziarah di sini, kami meneruskan perjalanan ke..........









Adiouss

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015





Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada jam 10.00 malam 16 April 2015 hingga 11.59 malam 30 April 2015. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 425.00 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.
Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
DJH | JULIA | KAKITRAVEL | AZREEN | ANA | SOLEHAH | SALINA | SITI | MASZULL | AZNEY | JAJA | SAYIDAH | QEELA | HIDAYU | PAPAGLAMZ | ENY | FARHANA | ADDA | 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor
3. Follow  Instagram Sponsor
DJH | SALINA | NURUL | MASZULL | JAJA | 
SAYIDAH | QEELA | FARHANA | ADDA |
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+julia jamaludin  +Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.


Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :



Kredit Untuk +Mia Liana 


7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

 Sekian Terima Kasih.


CABARAN BLOGGING [6] : 5 LAGU KEGEMARAN

Assalamualaikum


Mesti ada yang hairankan? Mana CABARAN BLOGGING [5] ? Hahaha.. Actually, Cik B tak sempat nak buat entri tu. Minggu lepas memang sangat-sangat sibuk. Langsung tak sempat nak jenguk blog ni. Erm, tak apa lah kan? Kita teruskan dengan cabaran yang ke-6.

"Ececeh, cakap je lah Cik B malas nak fikir untuk entri Cabaran Blogging 5 tu kan?"
"Bolehlah sikit. :p Tapi, memang betul ok, Cik B sibuk minggu lepas."

Ok, terus ke tajuk kita.
5 LAGU KEGEMARAN CIK B

Cik B ni jenis layan semua lagu. Tak kisah bahasa atau genral apa. Kira telinga ni boleh terima apa-apa sahaja. Cik B ni jenis yang cepat berubah juga. Macam minggu ni, Cik B layan lagu rock 80-90'an. Saja-saja nak dengar. Lagu English dah bosan lah kut, sampai Cik B layan lagu rock-jiwang ni. Hiiihihi..

Ini antara lagu kegemaran Cik B. ANTARA ok, sebab kalau dalam list kegemaran tu, banyak sangat.

  1. See You Again // Wiz Khalifa ft. Charlie Puth
  2. Ku Dihalaman Rindu // Lefthanded
  3. Let Her Go // Passenger
  4. Pasti Sempurna // Kristal ft. Ronnie Hyper Act
  5. Don't // Ed Sheeran
Adiouss

p/s: nanti cik b update cerita pasal lawatan baru-baru ini ok.

CABARAN BLOGGING [4] : APA YANG ANDA MAKAN HARI INI

Assalamualaikum


Straight to the point, cabaran hari ini:

APA YANG CIK B MAKAN HARI INI

Memandangkan Khamis hingga Jumaat (16/4-17/4) Cik B ada Family Day dengan rakan sekelas di Gambang, jadi entri hari ni Cik B show off gambar makanan je lah, boleh? Tak sempat nak karang panjang sikit, Nanti ada masa, Cik B story sikit pasal aktiviti Family Day kami ni. Ok? 

Jadinya, hari ni Cik B makan:

Breakfast :
Cik B makan 2 ketul roti gardenia

Lunch :
Nampak sedap kan? Hehe

Dinner :
Cik B beli subway lepas habis program tadi. 


Adiouss






CABARAN BLOGGING [3] : BUKU KEGEMARAN SAYA

Assalamualaikum


Pertama sekali Cik B mohon maaf sebab lambat post entri kali ni. Sepatutnya semalam, tapi line internet dekat Uni Cik B ni langsung tak dapat coverage. Memang rasa macam nak hempuk jugaklah, tapi siapalah kita kan? 

Kita terus ke agenda utama kita, cabaran kali ini ialah: 
BUKU KEGEMARAN CIK B

Memandangkan Cik B ni tak layan novel typical MELAYU sekarang, soal cintan-cintun, kawin paksa bagai ni, buku terbitan Alaf, Karya Seni dan seumpanya memang bukan pilihan Cik B.

Sekarang Cik B suka baca bahan bacaan dari Buku Fixi dan Lejen Press. Yes, maybe ada yang cakap, "Alah, bajet hipster lah tu baca buku macam tu."
Tak, Cik B bajet hipster? Memang tak lah kan. Bagi Cik B, kalau korang nak cari bahan bacaan yang bersifat 'urban dan masakini', boleh lah try buku dari Fixi, Lejen Press, Dubook, Terfaktab dll.

Buku cadangan Cik B keluaran Buku Fixi untuk korang yang baru nak berjinak:
1. KELABU 
2. ASRAMA
3.GANTUNG

Buku cadangan Cik B keluaran Lejen Press untuk korang yang baru nak berjinak:
1. BABI
2. SAKA
3. AWEK CHUCK TAYLOR
4. Semua buku dari NAMI COB

Dan, jangan lupa buku keluaran ISMI FA ISMAIL:
1. JANGAN BACA NOVEL NI
2. TANPA TAJUK
3. AKHIR

**Gambar ihsan, Cik B tak sempat nak tangkap gambar, buku semua kat rumah**

**Terbitan ISMI FA ISMAIL. Tak rugi langsung baca buku ni. Ini sekuel tau**

Nanti Cik B update lagi gambar ok, sekarang pun tengah duk baca PATUNG (MUHAMMAD FATRIM) -BUKU FIXI. Hasil dari BB1M. Lepas ini, MONARKI menyusul.

Adious.