CABARAN BLOGGING [2] : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA

Assalamualaikum.


Ok, cabaran untuk hari ini, adalah 
SESUATU YANG MENGUATKAN CIK B.

Bila bercakap soal sesuatu yang menguatkan Cik B, banyak sebenarnya. Ye lah, kita as hamba Allah, as manusia takkan pernah lari dari masalah. TAKKAN PERNAH LARI. Tapi, takkan kita nak give up macam tu aje kan? Mesti ada sesuatu yang buat kita untuk terus kuat. Untuk terus bertahan dengan semuanya.

Bagi Cik B, keluarga yang paling utama. Tanpa mereka, siapa kita? Kalau ada masalah, renung balik dalam diri, kita hidup ni untuk apa? Apa yang kita nak capai? Bukankah setiap anak nak banggakan ibu bapa mereka? Begitu juga Cik B. Korang mesti jugak kan? Mak ayah kita, sejahat mana pun, sebenci mana pun kita, mereka yang menyebabkan kita dapat rasa semua nikmat yang ada sekarang ni. Hargai mereka selagi mereka masih ada.

Seterusnya, sahabat dan rakan-rakan. Mereka penguat, mereka penyeri, mereka yang mencorakkan kehidupan kita. Tanpa mereka, kita kosong. Sahabat lagilah terpenting. Dia selalu ada masa untuk Cik B, even dia ada test untuk esok, still nak dengar bebelan Cik B. :D

Satu perkara yang Cik B selalu buat bila rasa sangat 'down', Cik B akan bercakap dengan diri sendiri. Bagitahu diri sendiri yang kau sebenarnya orang yang TERISTIMEWA dimata Allah. Sebab hanya engkau Allah uji sebegini. Itu bukan dipanggil istimewa? Ingatkan diri sendiri untuk kuat, sebab Allah takkan datangkan ujian jika hambanya lemah. DIA takkan uji kita suka-suka, pasti ada sebabnya, jadi senyum, dan hadapi ujian tu. Tak perlu takut, kerana hanya orang yang mampu atasi ujian itu diuji Allah. Senyum ok? 

Rasanya itu sahaja. Next week, Cik B update lagi. Cabaran diteruskan. Untuk capai kepuasan. Asah bakat diri sendiri. *senyum*

Adious. 

No comments:

Post a Comment