Assalamualaikum
Kalau nak ceritakan soal zaman kanak-kanak Cik B, rasanya tak semua kenangan zaman itu Cik B dapat ingat. Bila berbicara soal ini, buat Cik B berfikir, ingat balik semua kenangan zaman dulu.
Oklah, sebelum mula pasal tajuk kita, Cik B nak cerita sikit pasal hidup Cik B dulu-dulu.
Cik B merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu. Dibesarkan di kampung Raja, Besut (Selepas lahir hingga 5 Tahun). Kemudian terus menetap di Kuala Terengganu sampai sekarang.
**serba ringkas sahaja ye. tak boleh cerita banyak-banyak. ramai stalker. :p**
KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK CIK B
Kenangan pertama yang Cik B ingat, (ini berlaku masa umur berapa tahun tak ingat. yang pasti kurang dari 8 tahun) masa tu cuti sekolah hujung tahun kot, Cik B balik kampung di Tepoh, Kuala Terengganu. Masa tu, Cik B tak ada sepupu keluaraga belah Ummi (sekarang pun tak ada, belum rezeki). Jadi Cik B main dengan sepupu-sepupu Ummi, dorang semua kecik-kecik lagi (4 tahun-13 tahun kot). Kita orang main masak-masak guna tempurung, pasir dan macam-macam lagi lah. Kita orang masak betul tau, guna bara tempat orang bakar sampah tu. Tahu kami masak apa? Kihkihkihh...
**kalau diingat balik, yukssss.. geli laaa** |
Lauk sayur pulak,
Batang daun keladi yang tumbuh dekat kawasan tali air, tempat orang tanam padi. Kami tangkap berudu pun dekat sanalah. Dulu-dulu air jernih sangat. Sekarang, erm jangan haraplah. Satu lagi, kami bakar ubi kayu. Makan panas-panas. Nyum-nyum. ^_____^
Kenangan ni bagi Cik B, luculah. Mana ada orang sekarang rela tangkap berudu. Budak-budak zaman sekarang entah kenal ke tidak berudu tu apa. Tapi sekarangkan, Cik B rasa agak susah lah nak jumpa berudu ni, katak pun macam jarang dah jumpa. Kalau dulu, Cik B ingat lagi, kalau time musim hujan, Allah, bukan main katak duk berpesta. Sekarang dah takdak semua tu.
Itulah kenangan, hargailah dia. Dia takkan datang dua kali.
Adiouss
Best nyaa ada kampungg uhuk2
ReplyDeletealah, tu dulu. Sekarang mmg taklah nak rasa semua tu. Cik B rinduuuu...
Delete