[RUMAH ORANG-ORANG TUA]: RUMAH KEBAJIKAN SERI PERMAI, PAHANG

Assalamualaikum

17 April 2015, Cik B dan classmate ada buat satu lawatan ke Rumah Orang-Orang Tua | Rumah Kebajikan Seri Permai. Yang pergi semuanya 33 orang classmate Cik B + 5 orang junior, pegawai pengirim tak dak, sebab last minute kami terpaksa cari bas luar, sebab bas universiti tak dapat diluluskan. Bayangkanlah, 3 hari lagi nak pergi, tiba-tiba bas tak ada. Mula-mula kami ingat nak postpone ke tarikh baru, tapi sebab semua dah tak sabar, pergi dengan bas luar pon beres saja.

Memandangkan cuma 38 orang saja yang pergi, Cik B dapat dua seat. Muehehehehe...
*jenis yang nak duk sensorang cenggini ler* 

Bertolak pukul 7 pagi (Jumaat), sampai dekat sana lebih kurang pukul 11 pagi macam tu lah. Turun je dari bas, tiba-tiba feeling-feeling retis pulak. XD
Aki ambil gambar kami turun dari bas. Hihihi..

**Mana jejaka idaman malaya?**
Lepas sampai tu, semua bersedia untuk satu majlis bersama pegawai yang mengurus Rumah Kebajikan Seri Permai ni. Dengar cerita, luahan dari mereka. Yang menguruskan rumah ini ialah Tuan Haji Zahari dan anaknya Encik Fauzi. Mereka wujudkan rumah ini dengan usaha sendiri. Berbekalkan modal sendiri, Allah, besar sungguh pengorbanan mereka berdua ini.

**Tuan Haji Zahari**

**Disini jejaka idaman malaya, mereka belum pupus ya. Cuma hampir pupus**
Lepas dah dengar penerangan semua, Tuan Haji Zahari request untuk kami nyanyikan lagu buat penghuni rumah kebajikan ini. Lepas itu, sesi mendengar cerita daripada semua penghuni. Ya Allah, masa tu hanya Allah saja yang tahu perasaan kami semua. Sedih sangat, Cik B teringat atuk. Masa atuk Cik B sakit, alhamdulillah Cik B dapat berbakti kepada beliau. Moga Allah ampuni kesemua dosa atuk Cik B, AMIN.

**sesi menyanyi**

**sesi menyanyi**

**bergambar bersama Pok Loh & Pok Din**

**bersama Pok Man**

**semua penghuni disini lelaki ya**

**bersama Pok Loh**

**Pak Din**
Lebih kurang jam 12.30/ 1 ptg kami berangkat pulang untuk ke destinasi seterusnya.

**gambar terakhir bersama mereka**



Nanti kami datang lagi ye. Kami rindu semua. Pok Din dengan Pok Loh kene cepat sihat kalau nak datang jumpa kami semua di Terengganu ye. :*

Untuk menyalurkan sumbangan atau pergi melawat:


Warga Kuantan, jom sumbang sedikit masa anda untuk kesana. Kadang-kala, mereka bukan nak duit kita sangat pun, mereka cuma mahu teman untuk diajak berbual.

SELAMAT JALAN | MOGA JODOH KITA MASIH PANJANG | PAK CIK SEMUA TUNGGU CIK B DAN KAWAN-KAWAN DATANG LAGI YE

Selepas habis ziarah di sini, kami meneruskan perjalanan ke..........









Adiouss

No comments:

Post a Comment