Segmen Comel - Oh My Cupcakes!


Assalamualaikum. 
Lama Incik B tak update blog. :,(
Semuanya disebabkan sibuk nak isi borang UPU. :D
Jadi, hari ini Incik B buat entri sebab Incik B nak sertai satu segmen by M Faridzuan. Seorang penulis muda yang dah ada beberapa E-Book. Terrer la kan sampai dah boleh keluarkan karya sendiri dalam E-Book ni.

**KLIK BANNER UNTUK MEKLUMAT LANJUT**

-OH MY CUPCAKES!-

 Review / Ulasan / Kritikan / Komentar:

*Ok. Done baca Oh My Cupcake. (Syarat wajib baca 5 page. Incik B baca habis tau!) :D*

Jalan cerita dah mantap. Sebab macam lain dari yang lain.
Cuma bagi Incik B. Agak banyak kosa kata yang Farid guna mcm tak kena dengan ayat. Tatabahasa ada yg tak kene dgn ayat.


 CONTOH 1:
(Page 12.bab1)
'Surihani, yg sdg sarat mengandung hasil pernikahannya dgn Yusry 3 bulan yg lalu'.
-kalau ikutkan org yg bru kawin 3 bulan dn mengandung belum dipanggil saratkan? Atau mungkin Farid tersilap pada BULAN tu, sepatutnya TAHUN la kan?

CONTOH 2:
(page 24.bab1)
'Melempar bayi keatas'
-penggunaan kata melempar x sesuai. Mungkin boleh diubah kepada melambung.

CONTOH 3:
(page 55.bab1)
'Hanis Liyana hanyalah sorang cupcake'
-mungkin Farid tertinggal PENGUSAHA cupcake.

CONTOH 4:
(page 17.bab2)
'Kasut sepatu Lisa'
-bukankah kasut & sepatu itu benda yang sama?

p/s: Incik B baca E-Book ini melalui android. Mungkin susunan pagenya agak lari dari yang asal.
Itu hanyalah beberapa kesalahan yg nyata Incik B nampak. Maaf kalau Farid terasa.
Banyak lagi kesalahan yang ada dlm e-book tu. Incik B tahu, kita manusia biasa memang buat kesalahan. Tapi, kalau Farid sertai pertandingan, seeloknya buat editing terhadap karya Farid. Penulis-penulis novel lain pun buat silap. Tapi, sebelum keluarkan karya mereka. Mereka edit dan sunting dulu mana yang perlu. Sebab itulah wujudnya jawatan editor.
p/s: Banyak kesalahan dalam e-book tu disebabkan Farid tidak sempat untuk edit karyanya. Kenapa?? Sebab dateline untuk hantar e-book tu esok. *Means, masa Farid tulis e-book ni, datelinenya esok*
Maaf sekali lagi kalau Farid  terasa dgn apa yang Incik B komen. Semua yang Incik B tulis kat atas tu, bukan nak memperkecilkan bakat Farid. Tapi, nak suruh Farid lebih berhati-hati dalam menulis. Pembaca, kalau dah baca satu karya yang banyak silap, mereka takkan minat lagi untuk baca karya penulis tersebut. Incik B bukannya pandai sangat berkarya-karya ni. Tapi minat menbaca karya orang. Apa-apa pun. Incik B support anak melayu dlm berkarya!! Pedulikan orang yang mengeji, tapi jadikan kejian itu sebagai satu benteng untuk kita lebih kuat dalam berkarya.
Teruskan menulis yer Farid. Kalau ada kawan-kawan yang tak support tu. Biarkan. Satu hari nanti baru mereka sedar yg sahabat mereka ni berbakat dlm bidang penulisan.
Incik B sokong anak Melayu dalam berkarya, terutamnya orang Islam! Good Luck yer Farid. Insya Allah ada peluang untuk menang pertandingan itu. 
"Pertandingan apa??" 
"Tak tahu yer??. Baca SINI"
Syarat untuk Farid menang: E-Book competition ni dinilai mengikut 5 manuskrip paling banyak dimuat turun sampai 25 April 2013. Tempat pertama akan mendapat pakej penerbitan ebuku secara profesional dari London. *Jadi, jom support penulis muda!! Klik SINI. Untuk bantu Farid menang pertandingan itu.
Nota Kaki 1: Sebenarnya, Farid dah baca ulasan ni. Incik B cuma Copy & Paste apa yang Incik B dah hantar dekat Farid tu. *Jangan marah yer* :D
Nota Kaki 2: Bagi blogger-blogger yang suka membaca. Incik B sarankan ada download e-book ini dan bagi komen kepada Farid agar pada masa hadapan Farid lebih maju dalam berkarya.
Nota Kaki 3: Ni link untuk baca Oh My Cupcakes!. Dan ini link untuk baca lagi satu karya Farid Saya Kan Ada? 

6 comments: