Kisah dari Timun Cina



Apa khabar semua? Mesti semua dah packing-packing barang nak balik kampungkan? Berhati-hati dijalan raya!! Ingat orang terasayang.
(Amboi, macam iklan TV dah) ,





Kecur air liur bila tengok tembikai ni. Lebih-lebih lagi musim panas sekarang ni. Ermm, yummy kalau dapat makan waktu macam ni. Kalau dekat Terengganu, kami panggil Timun Cina, entah tang mana tembikai tu nampak macam Cina erk? Mungkin sebab Apek kot yang jual tembikai, sebab tu dipanggil Timun Cina. (
,)

Bila dah teringat pasal tembikai ni. Cik B mesti teringat pasal satu kisah ni. Jom kita baca sikit & ambil pengajaraan dari kisah itu.

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu menjual daripada barangan yang terbaik.
Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik . Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.



Jadi, apa MORAL OF THE STORY?
-Mungkin bukan rezeki kita untuk dapatkan sesuatu itu, & janganlah pula kita salahkan Allah, sebab Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita hendak.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. ya betul juga kisahnya..kita tak ada rezeki kot nak benda tu..huhu..

    ReplyDelete