CABARAN BLOGGING [8]: KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum


Kalau nak ceritakan soal zaman kanak-kanak Cik B, rasanya tak semua kenangan zaman itu Cik B dapat ingat. Bila berbicara soal ini, buat Cik B berfikir, ingat balik semua kenangan zaman dulu.

Oklah, sebelum mula pasal tajuk kita, Cik B nak cerita sikit pasal hidup Cik B dulu-dulu.
Cik B merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu. Dibesarkan di kampung Raja, Besut (Selepas lahir hingga 5 Tahun). Kemudian terus menetap di Kuala Terengganu sampai sekarang.
**serba ringkas sahaja ye. tak boleh cerita banyak-banyak. ramai stalker. :p**

KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK CIK B

Kenangan pertama yang Cik B ingat, (ini berlaku masa umur berapa tahun tak ingat. yang pasti kurang dari 8 tahun) masa tu cuti sekolah hujung tahun kot, Cik B balik kampung di Tepoh, Kuala Terengganu. Masa tu, Cik B tak ada sepupu keluaraga belah Ummi (sekarang pun tak ada, belum rezeki). Jadi Cik B main dengan sepupu-sepupu Ummi, dorang semua kecik-kecik lagi (4 tahun-13 tahun kot). Kita orang main masak-masak guna tempurung, pasir dan macam-macam lagi lah. Kita orang masak betul tau, guna bara tempat orang bakar sampah tu. Tahu kami masak apa? Kihkihkihh...

**kalau diingat balik, yukssss.. geli laaa**
Ambik kau, Cik B and the geng masak berudu. Kami rebus berudu tu. Tapi tak makan lah. Giler amat kalau makan. Hahahaha... Feeling-feeling rebus ikan lah ni. Kihkihkih..

Lauk sayur pulak, 


Batang daun keladi yang tumbuh dekat kawasan tali air, tempat orang tanam padi. Kami tangkap berudu pun dekat sanalah. Dulu-dulu air jernih sangat. Sekarang, erm jangan haraplah. Satu lagi, kami bakar ubi kayu. Makan panas-panas. Nyum-nyum. ^_____^

Kenangan ni bagi Cik B, luculah. Mana ada orang sekarang rela tangkap berudu. Budak-budak zaman sekarang entah kenal ke tidak berudu tu apa. Tapi sekarangkan, Cik B rasa agak susah lah nak jumpa berudu ni, katak pun macam jarang dah jumpa. Kalau dulu, Cik B ingat lagi, kalau time musim hujan, Allah, bukan main katak duk berpesta. Sekarang dah takdak semua tu. 

Itulah kenangan, hargailah dia. Dia takkan datang dua kali.

Adiouss

2 comments:

  1. Replies
    1. alah, tu dulu. Sekarang mmg taklah nak rasa semua tu. Cik B rinduuuu...

      Delete