AGAMA: 4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka

Assalamualaikum.
Baru sempat Incik B nak update blog ini hari ni.  :D
-
-
-
-
-
-
-
-
-PEREMPUAN atau WANITA yang beragama ISLAM-

First impression lelaki, nak isteri yang macam mana?? Nak yang menutup atau yang membungkus?? Tanya diri masing-masing ye. Incik B tak nak jawab sebab lain orang, lain kehendak hidup dia. Kalau korang tanya Incik B, mestilah Incik B akan jawab yang Incik B nak yang menutup bukan yang membungkus. Kenapa Incik B nak yang menutup??

 "Alah, Incik B ni, kalau kawin dengan yang membungkus kita sebagai suami suruh la isteri kita tutup aurat, apa susah??"
"Incik B ni, tak open-minded laa.. Pas kawin nanti boleh laa ubah, toksah nak risau sangat laa"
Yang paling dasyat ada yang bilang macam ni.
"Incik B, kubur masing-masing tahu?? Toksah nak tahu hal orang sangat"

Jawapan Incik B senang jer. Simple..

"Memang la lepas kawin suami perlu suruh isteri tutup aurat, tapi nak ubah kebiasaan orang amat payah"
"Incik B akan open-minded kalau seseorang tu ikut syariat Islam"
"Memang la kubur masing-masing, tapikan kalau dah mati tu, mandi sendiri, kapan sendiri dan masuk kubur sendiri, tak apa juga, ni tak, menyusahkan orang adalah nak-nak orang yang tolak hukum Allah ni."
Erm, macam-macam manusia sekarang.

"Islam datang secara dagang dan kembali secara dagang. Beruntunglah orang yang berdagang"
Ehh, Incik B bukan suruh berdagang.
Berdagang disini bermaksud, Islam datang secara tidak diterima mayarakat bumi, dan Islam juga akan pulang sebagai satu agama yang tidak diterima oleh masyarakat bumi. Dan beruntunglah orang yang menerima Islam.

*baru mukaddimah kat atas tu. Mukaddimah tak ada kaitan dengan entri. Moga anda-anda diluar yang bergelar LELAKI MACHO, sila cakna sikit -Banyaknya engkau menbebel wahai Incik B-*
Tengok, huduhnyer. So, beringatla.. :))

-4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA-

Pertama: AYAHNYA *bukan ayah jiran :))*
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak- perempuannya didunia iaitu dengan tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya TIDAK MENUTUP AURAT. Tidak cukup kalau anak tersebut hanya diberi kemewahan dunia sahaja maka anak itu akan menarik ayahnya ke neraka.

Kedua: SUAMINYA *bukan abang atau adik ipar :D*
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya iaitu membiarkan si isteri bergaul bebas di tempat kerja, TIDAK MENUTUP AURAT, menghiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan lelaki bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri, walaupun si suami seorang yang alim, dia akan turut ditarik oleh isterinya.

Ketiga: ABANG-ABANGNYA *bukan abang angkat*
Apabila ayah sudah tidak bertanggungjawab atas tindakan anak perempuannya, jatuh tanggungjawab tersebut kepada abang-abangnya. Jikalau mareka-mereka mementingkan keluarga mereka sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran ISLAM... Tunggulah tarikan adiknya diakhirat.

Keempat: ANAK LELAKINYA
Apabila anak tidak menasihati ibunya yang melakukan perkara yang HARAM dari ISLAM, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Pesanan kepada WANITA & PEREMPUAN ISLAM atau lebih tepat lagi MUSLIMAH ikhlas daripada INCIK B: Jikalau anda sayang DIRI ANDA, AYAH ANDA, SUAMI ANDA, ABANG-ABANG ANDA dan ANAK LELAKI ANDA, tolonglah tutup aurat anda, kerana menutup aurat itu WAJIB, walau dalam keadaan terpaksa. Apabila kita mulakan sesuatu dalam keadaan terpaksa, lama-lama kita akan terbiasa dan seronok melakukannya. :D

Jaga AURAT. Insya-ALLAH yang lain terjaga. :D


Rujukan: Berdasarkan pengalaman hidup dan risalah yang ada dalam simpanan Incik B.
pssss: dipersilakan untuk tegur kesalahan dan kekurangan Incik B 

10 comments:

  1. keep it up incik b! suka sangat baca entry incik b. hehe. sepanjang mana pon entry incik b pasti sy baca sampai habis ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih SS sebab sokong Incik B.
      Incik B ni banyak melalut tahu.. :))

      Delete
  2. In Sha Allah..
    wanita itu lebih indah apabila terpelihara ..kan encik b? hee~
    nice entry ! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah.. Betol tu vanillasnow..

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih wan ecah...
      sebarkn ilmu naa...

      Delete
  4. InsyaAllah .. best ! =) btw , thank you coz sudi komen .. alia hargai .. =) done follow you ~ =)

    http://aliaazlovely.blogspot.com/2013/03/ada-blogger-menangis-kenapa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih singgah alia.. Jaga hati untuk yang betul-betul miliknya.. :))

      Delete