Khas Untuk Follower Incik B

-TAMPAL ENTRI-
ASSALAMUALAIKUM.
*Entri pepagi buta. Rasa lama tak keluarkan entri*
Incik B baru jer habis duduk menghadap MOHABBATEIN, tapi tak tengok habis pon, malas nak layan perasaan pagi-pagi ni, mata ni pulak asyik nak tertutup jer, kepala pula asyik duk cari bantal.

"Kepala cari bantal?? Pelik bebenor tu, tangan la cari bantal tu Incik B hooii.."

Ok,ok, silap ayat pepagi ni, nak menaip entri ni pon rasa tak larat, tapi layankan aja tangan ni yang duk laju menekan keyboard. 
Tangan sibuk duk menggagau cari bantal dalam gelap ni, kang bukak lampu kang silau pulak. 

"Macam-macam la Incik B ni. Ish, susah-susah"

Ok, entri kali ni, Incik B just nak bagi ucapan sikit dekat Incik B punya follower. Macam tak percaya pulak, baru mula berblogging ni dalam 5 hari, follower dah ramai.

TERIMA KASIH SEBAB DAH FOLLOW INCIK B.

Terima kasih sebab sudi singgah dekat sini, sudi baca beberapa entri yang ada, sudi tinggal jejak, sudi komen-komen, sudi support Incik B, dan sudi semua la. Nanti Incik B nak bagi hadiah sikit. Mau tak?? Tak mau tak pa, tak paksa!! (^^,)

KEPADA BLOGGER SENIOR DAN AMATUR:
Tegur-tegur la Incik B dan semua blogger junior. Sesungguhnya kami memerlukan support dari senior-senior yang hebat-hebat dekat sini. Tegur kalau penyampaian kami kurang sopan, tegur kalau perangai kami melampau-lampau dan tegurlah apa-apa sahaja yang bisa membaiki mutu penyampaian di sini.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA YANG SINGGAH DISINI!! (^^,)

Sebagai hadiahnya, Incik B senaraikan follower terkini Incik B, nanti kalau ada peluang Incik B akan buat GIVEAWAY tanda penghargaan kepada follower-follower Incik B dan pembaca-pembaca yang sering singgah kemari, (walaupun entri sikit).

-SENARAI FOLLOWER TERKINI-14/3/2013/3:45a.m-
*UPDATE TERKINI-14/3/2013-1:34p.m*

32. DilaElla
33. zraa
34. syahirah
40. nadia hikari
44. dieyba_baby
46. cikBella
47. KiriKanan
58. Ainnur Humaira'
59. anarjuna_85
60. fizizaidi
62. Iania assina
65. schaze zainn
66. jenabook
71. Nurain Shazreen

Ok, sebarang kesalahan untuk link kat atas tu boleh komen disini ya, dan mana-mana follower baru atau yang dah follow Incik B tapi link blog dia tak ada dalam senarai, sila tinggal link anda disini, senang Incik B nak singgah rumah awak nanti (jaga lupa siap-siap makanan yer!!).
ASSALAMUALAIKUM. SALAM ZUHUR. (^^,)

9 comments: