RESENSI BUKU: Hafalan Solat Delisa

Assalamualaikum
Hah, Incik B datang balik kali ni. Suka tak-suka tak?? *mukacute*
-Wahai Incik B, sila pulang ke pangkal jalan. Tajuk kat atas lain, boleh pulak awak mengomel yer??-
Maafkan Incik B rakan-rakan sekalian, Incik B ni memang macam ni, suka meleret sikit, kang tak pasal-pasal kena *PANG* dengan readers kan!! Ok-ok, terima kasih kawan-kawan, sebab dah sedarkan Incik B. Tapi kejap, twitter Incik B bising la.. Ada orang mention Incik B, kejap neh my readers.



----
---
--
-

Dah pon, apa la peminat Incik B ni, suka kacau daun time-time Incik B tengah duk potpet-potpet dekat sini. Kejap neh, Incik B nak gi *PANG* kejap dia orang. Aha, dah pon, senyap pon mereka-mereka disana.

Ok, back to the point. Hari in Incik B nak buat resensi buku tentang cerita HAFALAN SOLAT DELISA. Karya seorang penulis yang masyhur, HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY (Penulis best seller AYAT-AYAT CINTA)

Hafalan Solat Delisa:Habiburrahman El Shirazy:RM19.00:PTS LITERA

RISENSI BUKU DARIPADA INCIK B:

Pengarang menjadikan watak Delisa sebagai watak utama. Anak kecil yang baru mencecah umur lima tahun telah diuji dengan satu ujian yang sangat hebat oleh sang Pencipta. Pada awalnya, Delisa merupakan seorang anak kecil yang normal seperti kanak-kanak lain. Dia hidup dalam keluarga yang sentiasa membuatnya tersenyum dan ceria. Dalam suasana yang sebegitu, dia cuba untuk menghafal bacaan dalam solat dengan bantuan ibu dan kakak-kakaknya.

Namun, Allah lebih tahu apa yang lebih baik buat hamba-Nya. Semasa sedang mentasmik bacaan solatnya disekolah, tsunami datang melumatkan senyuman pada anak kecil itu. Tsunami datang mengambil segala-galanya, keluarga dan juga kaki kecilnya. Yang tersisa, hanya dia dan ayahnya. Dalam keadaan sebegitu pun, Delisa masih mampu untuk mengukir sebuah senyuman. Dia tetap seorang Delisa yang asal. Yang ceria dan selalu menceriakan orang lain walaupun kini dia tidak sesempurna orang lain.

Tajuk: HAFALAN SOLAT DELISA
Pengarang: HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY
Terbitan: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
Tahun Terbit: CETAKAN PERTAMA 2009
Harga: RM 19.00 Sem. Malaysia/ RM 21.00 Sabah/Sarawak


Korang, tujuan Incik B buat resensi buku untuk memberi kemudahan kepada sahabat-sahabat kita mencari maklumat mengenai buku-buku. Incik B nak tekankan, bahawa dalam hidup ini, kita perlu jadikan membaca itu sebagai satu budaya. Bacalah apa sahaja asalkan bahan yang bermanfaat.

"Buku yang indah ditulis dalam kesedaran ibadah. Buku yang mengajak kita mencintai kehidupan, juga kematian, mencintai anugerah juga musibah dan mencintai indahnya hidayah"-Habiburrahman El Shirazy-

Untuk pengetahuan, buku ini sudah diterbitkan sebagai filem.

FILEM: Hafalan Shalat Delisa

Nanti Incik B buat review filem ini pulak ya!
Assalamualaikum :))

5 comments:

  1. best eah cite ni? tak pernah bace pun. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS,best.. Yg hati batu pon boleh tersentuh.. :D
      Kalau nak pinjam, mai rumah Incik B. :))

      Delete
    2. nak pinjammm . nanti mase result bwk eh? bile nk hantar balik kite pos . haha

      Delete
    3. amboooiii... mai sini kalau nak!

      Delete